Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang telah diiktiraf sebagai zon bebas cukai pada tahun 2004 yang mana menerima kunjungan daripada pelancong saban hari tanpa henti. Kedudukan yang sangat hampir dengan Thailand yang hanya dibatasi oleh sungai golok.
Keistimewaan Rantau Panjang adalaha barangan yang berkualiti dari Thailand. Jangan terkejut kerana apabila buka harga di sini agak tinggi dan anda memerlukan kemahiran tawar menawar bagi menawan hati penggerai.. Harga mampu susut sehingga 20 hingga 30 peratus selepas tawar menawar.
Kemudahan disini adalah mencukupi bagi sebuah pekan, bank, pengangkutan dan sebagainya disediakan bagi memudahkan urus niaga. 23 km dari bandar Pasir Mas, dan tidak jauh dari Kota Bharu menyenangkan lagi pergerakkan anda di sini.
Tempat menarik yang anda boleh lawat adalah Masjid Beijing.
Kemudahan seperti hotel banyak terdapat disini... Selamat bercuti semua
I LOVE TRAVEL