iklan

Wednesday, March 7, 2012

Malaysia - Kelantan, Rantau Panjang Syurga Membeli Belah

Adakah cuti sekolah telah hampir, masih tiada plan untuk musim cuti ini? apa kata anda berkunjung ke Syurga Membeli Belah Rantau Panjang. Pasti anda merasa puas apabila melihat barangan disana.

Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang telah diiktiraf sebagai zon bebas cukai pada tahun 2004 yang mana menerima kunjungan daripada pelancong saban hari tanpa henti. Kedudukan yang sangat hampir  dengan Thailand yang hanya dibatasi oleh sungai golok.

Keistimewaan Rantau Panjang adalaha barangan yang berkualiti dari Thailand. Jangan terkejut kerana apabila buka harga di sini agak tinggi dan anda memerlukan kemahiran tawar menawar bagi menawan hati penggerai.. Harga mampu susut sehingga 20 hingga 30 peratus selepas tawar menawar.

Kemudahan disini adalah mencukupi bagi sebuah pekan, bank, pengangkutan dan sebagainya disediakan bagi memudahkan urus niaga. 23 km dari bandar Pasir Mas, dan tidak jauh dari Kota Bharu menyenangkan lagi pergerakkan anda di sini.

Tempat menarik yang anda boleh lawat adalah Masjid Beijing.

Kemudahan seperti hotel banyak terdapat disini... Selamat bercuti semua

I LOVE TRAVEL

Tuesday, March 6, 2012

Thailand - Narathiwat, Keunikan budaya memikat hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkongsiaan kali ini adalah berkaitan dengan sebuah negeri di negara  yang diberikan nama jolokan Gajah Putih iaitu Thailand. Negeri yang dimaksudkan adalah Narathiwat yang mana separuh pendudukanya adalah islam. 

Apakah keunikan Narathiwat? Persoalan itu selalu diutarakan oleh rakan-rakan apabila aku bercerita tentang tempat ini. Bagi menjawab persoalan ini, aku menceritakan beberapa perkara menarik berkaitan kawasan ini mengikut pengalaman aku sendiri. Sejujurnya, ini adalah kampung aku sendiri.

Apabila anda berkunjung ke Narathiwat ini, perkara yang pasti akan memikat hati adalah makanannya. Keunikan dan kepelbagaian makanan sememangnya akan membuatkan anda akan berkunjung lagi ke sini di samping harganya yang cukup murah. Kebanyakkan makanan dari serata Thailand pasti ada disini kerana kemajuan negeri ini membuatkan banyak berlakunya migrasi dari serata Thailand terutama mereka yang menganut agama Islam.

Kecantikan pantainya juga sememangnya memikat perasaan sesiapa yang berkunjung yang mana terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti gerai makan serta tempat untuk berehat. Pantainya sentiasa meriah dengan pengunjung kerana terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan termasuklah memancing dan bola sepak pantai.

Amat seronok berada di sini walau dalam jangka masa yang panjang kerana penduduknya yang ramah. Terdapat banyak tempat2 yang menarik yang boleh dikunjung semasa berada disini .

Aktiviti Penduduk Narathiwat yang selalu meriah.. 
I LOVE TRAVEL

Monday, March 5, 2012

Update : Bermulanya cerita

Assalamualaikum

Blog ini akan menceritakan perkara yang berkaitan dengan tempat2 pelancongan yang menarik sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara.

Infomasi yang akan disampaikan sama ada melalui pengalaman atau bacaan sahaja. Moga dipermudahkan pernceritaan nanti.

I LOVE TRAVEL