iklan

Tuesday, March 6, 2012

Thailand - Narathiwat, Keunikan budaya memikat hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkongsiaan kali ini adalah berkaitan dengan sebuah negeri di negara  yang diberikan nama jolokan Gajah Putih iaitu Thailand. Negeri yang dimaksudkan adalah Narathiwat yang mana separuh pendudukanya adalah islam. 

Apakah keunikan Narathiwat? Persoalan itu selalu diutarakan oleh rakan-rakan apabila aku bercerita tentang tempat ini. Bagi menjawab persoalan ini, aku menceritakan beberapa perkara menarik berkaitan kawasan ini mengikut pengalaman aku sendiri. Sejujurnya, ini adalah kampung aku sendiri.

Apabila anda berkunjung ke Narathiwat ini, perkara yang pasti akan memikat hati adalah makanannya. Keunikan dan kepelbagaian makanan sememangnya akan membuatkan anda akan berkunjung lagi ke sini di samping harganya yang cukup murah. Kebanyakkan makanan dari serata Thailand pasti ada disini kerana kemajuan negeri ini membuatkan banyak berlakunya migrasi dari serata Thailand terutama mereka yang menganut agama Islam.

Kecantikan pantainya juga sememangnya memikat perasaan sesiapa yang berkunjung yang mana terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti gerai makan serta tempat untuk berehat. Pantainya sentiasa meriah dengan pengunjung kerana terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan termasuklah memancing dan bola sepak pantai.

Amat seronok berada di sini walau dalam jangka masa yang panjang kerana penduduknya yang ramah. Terdapat banyak tempat2 yang menarik yang boleh dikunjung semasa berada disini .

Aktiviti Penduduk Narathiwat yang selalu meriah.. 
I LOVE TRAVEL

2 comments:

  1. wow....teringat kat kg di ampur takbai..hak3...wes, ejah pulut ayam sbukuh.hahaha

    ReplyDelete
  2. boleh... no problem... x masuk siam.. p jak rantau panjang... ada jual dekat my din..

    ReplyDelete